Peraturan

PERATURAN ASRAMA
Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek Negeri Sembilan


PERATURAN YANG DISEBUTKAN BERKUATKUASA SEBAIK SAHAJA PESERTA MELAPORKAN  DIRI UNTUK TINGGAL DI ASRAMA SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM MENGIKUTI SEBARANG PROGRAM. PESERTA YANG DIDAPATI TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PERATURAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN SEWAJARNYA OLEH PIHAK SEKOLAH.

1. PENDAFTARAN
Peserta wajib mendaftar diri  sebelum dibenarkan tinggal di asrama
Apabila memasuki asrama, sila pastikan semua peralatan yang dibekalkan seperti sedia ada. 

2. MEROKOK
Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek Negeri Sembilan ialah kawasan larangan merokok. Peserta dilarang sama sekali merokok. 
Peserta dilarang  sama sekali merokok sama ada di dalam bilik atau di mana-mana kawasan premis asrama.

3. MAKANAN / BUAH-BUAHAN / MINUMAN KERAS
Peserta dilarang membawa masuk ke dalam premis atau bilik asrama apa-apa jenis makanan dan
buah-buahan yang kuat baunya.
Semua jenis minuman keras dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam bilik asrama, dewan makan, premis asrama atau di dalam kawasan Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek Negeri Sembilan.

4. TETAMU / PELAWAT / SAUDARA MARA
Tetamu / pelawat / saudara mara peserta adalah dilarang memasuki / menginap di  dalam asrama Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek Negeri Sembilan.
Pertemuan boleh diadakan di lobi asrama sahaja.
Tetamu / pelawat / saudara mara / penyewa hanya di benarkan berada di kawasan asrama selewat-lewatnya sehingga pukul 6.00 petang.
Peserta / penyewa / saudara mara tidak di benarkan membawa tetamu / pelawat /saudara mara makan di dewan makan asrama

5. PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK
Penggunaan alatan elektrik dibenarkan kecuali cerek air atau heater.
Peserta / penyewa tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang sambungan litar tambahan pada mana-mana peralatan elektrik sama ada di dalam bilik / lobi atau mana-mana bahagian dalam premis asrama kerana ini boleh menggugat keselamatan.

6. PERALATAN / KELENGKAPAN / PERABOT
Semua peralatan / kelengkapan / perabot yang terdapat di dalam premis atau bilik asrama tidak boleh di pindahkan ke bilik atau lobi lain tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama.
Peserta / penyewa di minta bekerjasama menggunakan peralatan / kelengkapan /  
  perabot dengan cara yang betul.

7. KEBERSIHAN
Peserta hendaklah menjaga dan mengekalkan kebersihan di dalam bilik, premis asrama dan kawasan Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek Negeri Sembilan.
Pakaian hendaklah di jemur di ampaian yang disediakan. Peserta dilarang sama sekali menyidai pakaian di dalam bilik penginapan / tingkap.
Peserta ditegah memaku, melukis, menampal apa-apa bahan di dinding-diinding, bantal, tilam dan lain-lain.
Peserta dilarang sama sekali membuat bising di dalam bilik atau premis asrama.

8. KESELAMATAN
Semasa meninggalkan bilik asrama pastikan suis lampu dan kipas ditutup.
Pastikan bilik sentiasa berkunci dan barang-barang berharga di bawa bersama.
Sebarang kehilangan disebabkan kecuaian adalah tanggungjawab sendiri.

9. DEWAN MAKAN
Tertib di dewan makan
Semua peserta / pegawai yang masuk ke dewan makan hendaklah mematuhi peraturan- peraturan berikut :
Jadual makan hendaklah di patuhi. Pihak penyedia makanan tidak akan menyediakan makanan sebelum / selepas waktu ditetapkan.
Berpakaian kemas / sopan ketika di dewan makan. Semua peserta dilarang memakai seluar pendek , singlet, kain pelekat atau apa-apa sahaja pakaian yang tidak sopan.
Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan makan.
Meja hendaklah dipenuhkan (tidak digalakkan duduk merata-rata tempat) untuk  memudahkan peserta lain.
Tidak dibenarkan berbual terlalu lama di dewan makan kerana ini akan menganggu kelicinan tugas-tugas pelayan asrama memgemas meja.
Tidak dibenarkan tetamu persendirian makan di dewan makan. Pihak penyedia makanan hanya menyediakan makanan untuk peserta-peserta festival dan pegawai Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek Negeri Sembilan yang menyelenggara festival sahaja.
Sebarang penggunaan dewan makan untuk tujuan perjumpaan hendaklah mendapat  kebenaran Pengetua / GPK1 / GPK HEM.

10. KENDERAAN
Kenderaan peserta hendaklah diletakkan di tempat kereta yang di sediakan.
Kenderaan dilarang dipandu dengan laju, dalam keadaan yang berbahaya dan mengeluarkan bunyi yang kuat.
Motosikal tidak dibenarkan diletakkan di mana-mana koridor asrama

11. WAKTU KELUAR / MASUK
Pintu utama TKC akan ditutup pada jam 12.00 malam. Oleh itu semua peserta dikehendaki berada di dalam kawasan TKC sebelum waktu tersebut.
Apabila meninggalkan asrama pada hari akhir penginapan, peserta dikehendaki  membersihkan bilik penginapan masing-masing dan menyerahkan kunci di bilik urusetia.

12. KECEMASAN
Sewaktu waktu pejabat :
8.00 pagi hingga 4.30 petang – Hari bekerja ialah Isnin - Jumaat (berurusan di pejabat)
8.00 pagi hingga 1.00 tgh -  Berurusan dengan Penyelia Asrama
Selepas waktu pejabat hingga jam 12.00 malam sila hubungi warden di bilik bertugas warden.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Wind Orchestra SBP